Bismillahhirrahmanirrahim ... segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam
Tiada tempat yang ingin ku luahkan kecuali dsini . disinilah tempat daku meluah perasaan sedih,gembira suka duka..apabila aku tiada disini dan pergi dari alam dunia ini ,daku harap semua insan yang kusayang tetap gembira dan berbahagia bersama insan yang disekeliling.Daku hanyalah insan biasa yang sering melakukan kesalahan tanpa diduga . semua orang pernah melakukan kesilapan, tiada manusia didunia ini semuanya sempurna.Daku banyak memahami orang , tapi kenapa ada yang tak memahami daku. aku pasrah, redha . tak semua orang suka kita. kadang kawan rapat dengan kita sendiri boleh tikam belakang kita .Perasaan marah daku susah nak muncul , tapi daku sentiasa bersabar , apa yang orang herdik, caci maki daku , daku hanya diam sahaja . mungkin dengan jalan inilah yang terbaik . Marah kita tak perlu tempias kepada yang lain . lebih baik berdiam diri. daku jenis seorang macam tu. apa yang orang nak kata , katalah . mungkin bagi mereka , mereka saja benar . kita sentiasa salah . Daku teringin sekali ya Allah , mempunyai sahabat yang benar2 sahabat . Faham antara satu sama lain . sekian warkah yang ingin kuluahkan . Terima kasih sahabat .
zulaikha az-zahra
simple bio / name was give by loving mom and dad is ameliazulaikha / 18 years old / KUISAS student / dip pengajian islam / morever , i hope my crush get studied at egypt with struggle also take care at here / most of all , i hope i get degree in my life and happied with beloved family . inshaaAllah . Amin .
Monday, 24 October 2016
Sunday, 5 July 2015
Kemasukanku Ke KUISAS
alhamdulillah , selangkah aku telah telah memasuki ke alam kolej ini yang dinamakan Kolej Universiti Sultan Azlan Shah yang tidak lama lagi akan menjadi IPTA amat kuhargai dan tekadku untuk menanam semangat bersungguh sungguh sehingga aku dapat menggenggem segulung ijazah . itulah harapanku , tidak kurang dan lebih juga harapan mak dan abahku yang inginkan anaknya berjaya sehinnga ke menara gading . Bermulanya orientasi seminggu yang berlalu , aku berasa amat gembira sekali . malah dapat mengenali kawan2 baru yang amat memahamiku dan terasa kami sudah kenal lama . inshaaAllah , akanku jaga persahabatan ini agar ukhwah kami makin erat sehingga ke jannah . Amin ... Setelah tamatnya orientasi seminggu yang lalu itu , kemudiannya minggu hadapan itu pula , aku telah mulai pembelajaran baharuku dalam diploma pengajian islam , dan aku telah memilih pada masa itu juga dua khursus yang aku rasa aku boleh target subjek itu untuk sementara bagi sem khas ini iaitu khursus Akidah Islamiah yang diajarkan oleh lecturer ku ini yang amat cantik iaitu Puan Najmin Husna dan satu lagi khursus yang kedua kupilih ialah Pengajian Malaysia yang seakan akan sejarah yang diajarkjan oleh lecturerku yang comel iaitu Encik Dinul Shamil . Matapelajaran yang mereka ajarkan kepadaku , begitu difahami olehku walaupun kadang2 subjek pengajian malaysia aku tak boleh terima sikit . akan tetapi subjek akidah islamiah aku lebih suka belajar lagi sebab best dan subjek tu seakan akan juga subjek yang amat ku gemari semasa di alam persekolahan dahulu iaitu Taswwur Islam. Then , aku ingin luahkan sebenarnya . Ramadhan dah nak habis dan akan meninggalkan kita semua pada tahun ini . dan aku berharap aku dapat berkumpul bersama keluarga pula pada tahun hadapan even tahun ni pada bulan ramadhan , aku hanya di kuisas ini sahaja , bersahur dan berbuka dengan rakan2 baharu buat kali yang pertama kalinya . However aidilfitri pun akan menjelma tidak lama lagi , rayaku bersama keluarga hanya ada sedikit saja hari yang akan kulalui bersama mereka tidak lama lagi iaitu selama 4 Hari sahaja bagiku . itu tidak cukup . aku sedih kerana tak dapat berpeluang bermesra dengan keluargaku pada hari lebaran macam sebelum2 ni lagi ...Apapun keputusan aku harus redha dan tawakal kepada illahi . aku tahu banyak benda lagi yang harus aku belajar dan berjuang untuk mendapatkannya . Sebelum tutur bicaraku dan luahanku terhenti disini , Aku ingin mengucapkan salam lebaran kepada keluargaku yang berada disana . serta tidak lupa juga salam lebaran kepada sahabat2 ku yang lama dari sekolah rendah mahupun dari sekolah menengah . Tidak lupa juga akan salam perantauan kepada sidia yang akan bertolak ke Mesir tidak lama lagi iaitu pada tanggal 23 syawal ja lagi . Dengan lafaz bismillahhirrahma nirrahim , aku berharap semoga orang yang ku sayang berada di dalam keadaan bahagia . Akhir kalam , Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh .
Subscribe to:
Comments (Atom)