alhamdulillah , selangkah aku telah telah memasuki ke alam kolej ini yang dinamakan Kolej Universiti Sultan Azlan Shah yang tidak lama lagi akan menjadi IPTA amat kuhargai dan tekadku untuk menanam semangat bersungguh sungguh sehingga aku dapat menggenggem segulung ijazah . itulah harapanku , tidak kurang dan lebih juga harapan mak dan abahku yang inginkan anaknya berjaya sehinnga ke menara gading . Bermulanya orientasi seminggu yang berlalu , aku berasa amat gembira sekali . malah dapat mengenali kawan2 baru yang amat memahamiku dan terasa kami sudah kenal lama . inshaaAllah , akanku jaga persahabatan ini agar ukhwah kami makin erat sehingga ke jannah . Amin ... Setelah tamatnya orientasi seminggu yang lalu itu , kemudiannya minggu hadapan itu pula , aku telah mulai pembelajaran baharuku dalam diploma pengajian islam , dan aku telah memilih pada masa itu juga dua khursus yang aku rasa aku boleh target subjek itu untuk sementara bagi sem khas ini iaitu khursus Akidah Islamiah yang diajarkan oleh lecturer ku ini yang amat cantik iaitu Puan Najmin Husna dan satu lagi khursus yang kedua kupilih ialah Pengajian Malaysia yang seakan akan sejarah yang diajarkjan oleh lecturerku yang comel iaitu Encik Dinul Shamil . Matapelajaran yang mereka ajarkan kepadaku , begitu difahami olehku walaupun kadang2 subjek pengajian malaysia aku tak boleh terima sikit . akan tetapi subjek akidah islamiah aku lebih suka belajar lagi sebab best dan subjek tu seakan akan juga subjek yang amat ku gemari semasa di alam persekolahan dahulu iaitu Taswwur Islam. Then , aku ingin luahkan sebenarnya . Ramadhan dah nak habis dan akan meninggalkan kita semua pada tahun ini . dan aku berharap aku dapat berkumpul bersama keluarga pula pada tahun hadapan even tahun ni pada bulan ramadhan , aku hanya di kuisas ini sahaja , bersahur dan berbuka dengan rakan2 baharu buat kali yang pertama kalinya . However aidilfitri pun akan menjelma tidak lama lagi , rayaku bersama keluarga hanya ada sedikit saja hari yang akan kulalui bersama mereka tidak lama lagi iaitu selama 4 Hari sahaja bagiku . itu tidak cukup . aku sedih kerana tak dapat berpeluang bermesra dengan keluargaku pada hari lebaran macam sebelum2 ni lagi ...Apapun keputusan aku harus redha dan tawakal kepada illahi . aku tahu banyak benda lagi yang harus aku belajar dan berjuang untuk mendapatkannya . Sebelum tutur bicaraku dan luahanku terhenti disini , Aku ingin mengucapkan salam lebaran kepada keluargaku yang berada disana . serta tidak lupa juga salam lebaran kepada sahabat2 ku yang lama dari sekolah rendah mahupun dari sekolah menengah . Tidak lupa juga akan salam perantauan kepada sidia yang akan bertolak ke Mesir tidak lama lagi iaitu pada tanggal 23 syawal ja lagi . Dengan lafaz bismillahhirrahma nirrahim , aku berharap semoga orang yang ku sayang berada di dalam keadaan bahagia . Akhir kalam , Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh .